Friday, May 23, 2014

Panduan Pemakanan Bagi Pesakit Diabetes Gestasi

blood-sugar-test-hymanRisiko menghidap kencing manis semasa hamil atau Diabetes Gestasi adalah pada tahap 2-14%. Kebiasaannya paras gula akan kembali normal selepas bersalin. Hal ini berlaku kerana perubahan hormon dalam badan akibat kehamilan. Semasa hamil, hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas dan menyebabkan paras gula tak terkawal dan meningkat. Pada masa yang sama juga, hormon yang terhasil dari uri bayi untuk tujuan tumbesaran pula menghalang badan si ibu dari menggunakan hormon insulin dengan efisien.

Di sini, saya ingin berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan bagi ibu-ibu yang menghidap Diabetes Gestasi:

 

PANDUAN PEMAKANAN

✰ Bahagikan masa makan kepada 3 masa utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dan 2 kali masa makan ringan.

Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa. Bagi memastikan anda tidak terlalu lapar dan makan dengan banyak, sebaiknya ambil snek seperti roti gandum penuh, biskut, salad atau buah di antara waktu makan utama (minum pagi 10am / minum petang 4pm). Selain itu, jangan pernah tinggal waktu makan kerana bayi anda dan badan anda memerlukan lebih nutrisi dari pelbagai sumber.

✰ Kenalpasti kumpulan kanji makanan anda.

Maksimum 2-3 senduk nasi (ataubersamaan 2 keping roti), banyakkan jumlah sayur dalam pinggan terutama sayur hijau kerana sayuran hijau mengandungi serat yang tinggi yang boleh menurunkan paras glukos dalam darah dengan cepat serta menjadikan kita lebih kenyang.

Makanan daripada kumpulan kanji iaitu: nasi, mi, roti, kuih-muih berasaskan teppung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Makanan-makanan daripada jenis ini perlu dikawal sebaik mungkin agar paras gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak.

Terdapat 2 jenis makanan berkanji iaitu kanji kompleks dan kanji halus

✔ Nasi putih, roti putih, mee dan sebagainya adalah dari kumpulan kanji halus dan amat mudah diuraikan menjadi gula setelah diproses dalam badan

✔ Nasi perang, roti gandum penuh, adalah dari kumpulan kanji kompleks dan mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, ia mampu menstabilkan paras gula dalam darah dari mencanak naik.

✰ Minum satu gelas susu sahaja dalam satu masa

Susu mengandungi karbohidrat, justeru, ibu-ibu hamil disarankan hanya mengambil hanya satu gelas sahaja dalam satu-satu masa (lebih kurang satu mug). Sekiranya sukatan yang ditetapkan adalah 6 skop, jadi anda boleh bahagikan 3 skop di waktu pagi dan 3 skop pada waktu malam.

✰ Hadkan pengambilan buah

Buah juga mengandungi gula semulajadi yang perlu dikawal pengambilannya. Anda boleh makan 1-2 sajian setiap hari tapi pada masa yang berlainan. Satu sajian bermaksud 1 biji untuk buah kecil (epal, oren, pear), sepotong untuk buah besar (tembikai, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan, 3 biji kurma, 1 sudu besar kismis dan banyak lagi

 

Petua orang-orang lama mengamalkan memakan peria sebagai ulam atau dibuat jus untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ketahui khasiat peria untuk penyakit kencing manis di SINI

 

Selain tips-tips di atas, ibu-ibu hamil perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas. Cuba amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga, berkebun atau membuat kerja rumah yang tak terlalu berat, sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Dapatkan juga pandangan doktor dan pakar pemakanan tentang cadanagan pemakanan yang betul dan pengambilan ubat yang sesuai.

GDM BABY

Penghidap Diabetes Gestasi berisiko melahirkan bayi besar

 

Ingin ketahui lebih lanjut tentang Diabetes Gestasi? Klik DI SINI!

Semoga bermanfaat ^^

 

Khasiat Peria Katak

Entry sebelum ni kita bercerita tentang Diabetes Gestasi. Sekarang nak cerita pulak tentang khasiat peria. Salah satu khasiat yang terdapat pada peria adalah menurunkan paras gula dalam darah.

Tahukah anda, peria katak mengandungi banyak zat dan khasiat yang penting terutama kepada ibu mengandung.

Antaranya adalah:

♦ mengandungi kalori yang rendah

♦ mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese dan fiber yang sangat tinggi

♦ Kaya dengan zat besi

♦ Kandungan beta karo-tene nya 2x ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2x ganda daripada bayam, potassiumnya 2x ganda daripada pisang

khasiat-peria

Khasiat Peria Pada Kesihatan Manusia:

♦ Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin – campurkan jus peria dengan sedikit jus limau

♦ Merawat penyakit taun – Campurkan jus daun peria dengan jus bawang merah dan jus limau bagi mengubati penyakit taun yang berada pada tahap awal

♦ Penyakit kencing manis – Peria katak mengandingi sebatian hypoglycemic (juga dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan

♦ Pemulihan tenaga – Jus peria katak dapat mengembalikan tenaga dan stamina serta mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu

♦ Masalah mata – Kandungan beta karotene yang sangat tinggi dapat memperbaiki masalah penglihatan

 Memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan

 Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit

 Penyakit buasir – campurkan jus peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk yang diperbuat daripada akar pokok peria pula boleh dibubuh pada luka buasir untuk mempercepatkan penyembuhan.

 Psiorosis – Kerap minum jus peria dapat mengurangkan masalah psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain

♦ Gangguan pernafasan – campurkan jus peria dengan madu. Amalkan meminumnya setiap hari untuk merawat masalah athma, dan penyakit paru-paru yang lain

 

♦♦ Nota kaki: Ibu hamil tidak digalakkan minum jus peria terlalu kerap kerana dikhuatiri boleh merangsang pengecutan rahim dan menyebabkan kehairan pra-matang.

Kulit Berjerawat Kini Tiada Lagi

Kulit berparut akibat jerawat, pasti sedikit sebanyak melemahkan semangat anda untuk berhadapan dengan orang ramai. Apalagi jika tuntutan kerja memerlukan kita berjumpa orang ramai di luar pejabat. Jangan mudah putus asa. Masih ada jalan penyelesaian yang boleh membantu anda mengatasi masalah seperti ini.

kulit berjerawat

Lazimnya antara punca-punca kulit berjerawat adalah:

  1. Alahan pada makanan – Elakkan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan makanan laut yang hanya memburukkan lagi keadaan kulit berjerawat.
  2. Kuantiti air yang tidak mencukupi, apabila keadaan ini berlaku, badan tidak dapat mengalirkan toksin menyebabkna toksin tersebut kekal lama dalam badan dan jerawat bertambah teruk. Diansihati juga agar makan buah-buahan dan sayuran untuk membantu pengaliran toksin keluar dari badan.
  3. Kurang tidur – pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi jika kurang tidur. Tidur yang mencukupi adalah sekurang–kurangnya 8 jam sehari. Jam 12 mlm – 3 pagi adalah masa sistem badan sedang menjalankan tugas.
  4. Sembelit – Sembelit menyebabkan toksin kekal lebih lama dalam badan dan peredaran darah jadi tidak lancar. Toksin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan melalui kulit wajah. Selagi masalah sembelit tidak selesai, selagi itu masalah jerawat juga timbul.
  5. Hormon tidak seimbang – Masalah hormon tidak seimbang terjadi apabila kalenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat. Ia terus dikeluarkan sehinggajerawat menjadi bertambah banyak, membengkak dan merebak.

Justeru, jangan biarkan masalah ini membelenggu anda sehingga menjadikan anda anti-sosial dek kerana malu muka yang berjerawat. Ambillah suppliment tau vitamins yang sesuai yang boleh mengurangkan gejala jerawat. Antara suppliment yang paling yang saya sarankan adalah SET D SHAKLEE.

Apa yang ada dalam SET D SHAKLEE?

SET D mengandungi VIT C, VIT E dan B COMPdan jika mahukan kesan yang optimum boleh ditambah dengan ESP.

Jika Budget anda terhad, anda boleh memilih Vit E dan  ESP sahaja. Mengapa Vit E dan ESP? Kerana kedua-duanya sangat bagus untuk kulit, manakala ESP pula protein terbaik dan membantu membentuk sel-sel kulit dengan baik dan sihat.

Jom kita lihat testimoni pengguna yang berjaya.

testi 2

testi 1

Untuk yang berminat untuk mendapatkan set ini, boleh terus hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Punca-punca Badan Lemah Dan Lesu

Seharian sibuk bekerja dari jam 8 am – 5pm tentulah amat meletihkan. Apalagi bila balik ke rumah, perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. KEtahui antara punca-punca badan cepat letih dan tak bermaya yang boleh kita elakkan.

tired_man

  1. Tidur yang tak mencukupi – waktu tidur yang disarankan untuk orang dewasa adalah 7-8 jam setiap hari. Tidur yang tak mencukupi boleh menganggu fokus samada terhadap keluarga atau kerjaya. Jadikan tidur itu satu keutamaan untuk mengembalikan tenaga anda.
  2. Diet – Diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan lemah dan bertenaga akibat daripada pemakanan yang tidak seimbang. Pentingnya diet yang seimbang agar dapat mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. apabila paras glukos terlalu rendah, anda akan menjadi lemah dan mudah pitam
  3. Tidak ambil sarapan pagi – Perlu diingat sarapan pagi adalah satu KEMESTIAN walaupun anda sedang berdiet. Sarapan pagi tak perlu yang berat seperti nasi lemak atau mee goreng, cukuplah sekadar beberapa keping roti dan telur separuh masak, sebagai pengalas perut.
  4. Anemia – Bagi golongan wanita, Anemia merupakan antara punca utama mereka sering berasa letih. Ini kerana mereka kehilangan banyak darah semasa haid. Biasanya tahap iron dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko kerana sel darah merah berperanan membawa oksigen ke seluruh tubuh. Antara simptom-simptom anemia yang perlu anda ketahui adalah lemah, sesak nafas dan berdebar-debar. segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda tersebut. Jika didapati kekurangan zat besi dalam darah, dapatkan suppliment di klinik-klinik atau farmasi atau amalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah dan kekacang.
  5. Stress – Anda mungkin merasakan STRESS hanya memberi tekanan kepada emosi sahaja. Tapi sebenarnya ia turut memberi kesan kepada fizikal. Lemah, hilang selera makan dan sakit kepala adalah antara simptom tekanan emosi.
  6. Terlalu banyak kafein – Kandungan kafein yang terlalu tinggi akan mengakibatkan degupan jantung bertambah dan tekanan darah meningkat. Ada juga kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan seseorang menjadi lemah, dan secara perlahan-lahan menyebabkan penurunan pada ketagihan kopi. Penurunan secara mendadak akan menyebabkan anda kembali ketagih dan menjadikan anda bertambah lemah.
  7. Dehidrasi – Kurang minum air. Sama ada anda bersenam atau bekerja di dalam ofis berhawa dingin, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda haus, menunjukkan and mengalami dehidrasi.

Amatlah di sarankan agar anda mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat setiap hari dan bersenam bagi mengurangkan gejala keletihan dan kelesuan. Namun, gaya hidup yang sibuk membataskan kita untuk melakukan 2 perkara itu dengan konsisten. Justeru, pengambilan suppliment adalah salah satu alternatif  dan cara paling mudah.

Set Optimum A adalah set yang merangkumi segala keperluan kita seharian. Apa yang ada dalam Set ini?

  • Vitamin C
  • B complex
  • Vitalea

Siapa yang sesuai mengambil set ini?

  • Semua golongan lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan ayng optimum (termsuklah ibu mengandung, ibu menysus, warga tua dan remaja)
  • Individu yang cepat letih dan lesu dan tak bermaya.
  • Individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.
  • Individu yang stress dan cepat mengantuk.
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan daya ingatan.
  • Untuk individu yang sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang
  • Untuk ibu mengandung yang hemoglobin nye rendah, kerana kandungan zat besi dalam vitalea amat penting untuk pembentukan sel darah merah.

Bagi anda yang ingin mencuba set ini, boleh hubungi:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Hb Rendah Merunsingkan

Perkara yang paling merisaukan bagi ibu-ibu hamil adalah Hemoglobin (HB) rendah. Bacaan normal HB bagi ibu mengandung  adalah pada julat 11-12g/dl (gram per deciliter) dan bagi wanita tidak hamil pula adalah 12-15 g/dl. Jika bacaan rendah dari 11g/dl maka anda mengalami anemia atau kurang darah merah.

AnemiaGRnormales-300x210

Apa punca-punca terjadinya kurang darah merah ni?

  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secar sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kekurangan pengambilan zat besi dalam diet harian
  • Kekurangan asid folic
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

Berisikokah jika HB rendah?

Jangan pandang ringan jika anda mengalami HB rendah. Ini kerana ibu hamil adalah lebih berisiko berbanding orang biasa. Antara risikonya adalah:

IBU

  1. Ibu boleh/mudah pitam dan pengsan
  2. Mengalami keguguran
  3. Mengalami kegagalan jantung
  4. Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  5. Risiko penyakit berjangkit

BAYI

  1. Pertumbuhan janin terbantut
  2. Lahir sebagai bayi pramatang
  3. Lahir dengan berat kurang dari 2.5kg
  4. Anak lemas semasa lahir
  5. Mati semasa dilahirkan

Kenapa HB begitu penting ketika hamil?

Kurang Dari 5 Bulan

Pada masa ini bayi sedang mengalami proses organogenesis (pembentukan organ-organ penting seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika HB rendah dari 11g/dl, jika jantung tak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Dan jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin akan dapat hidup tetapi cacat. (ttiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair, akan melambatkan proses pembentukan otak bayi, iaitu bayi mungkin selamat dilahirkan tetapi kurang bijak.

5-7 Bulan

Ketika ini pembentukan sifat anggota badan bayi telah sempurna. Tetapi jika HB rendah, bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya menyebabkan kematian dalam kandungan

7 bulan ke atas

Dalam usia sebegini, sifat bayi telah sempurna namun jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah HB. Jika darah terlampau cair atau bacaan HB kurang dari 9 g/dl, jantung bayi tidak kuat dan berisiko untuk mati dalam kandungan.

CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HB DALAM DARAH

Melalui makanan

  • Daging lembu sebesar kotak mancis – 2 keping
  • Daging ayam – bahagian dada
  • Kerang 20 biji
  • Ikan Bilis

Jangan ambil pill tambah darah dengan susu (teh susu, kopi susu) kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan vitamin. Sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah

HB akan meningkat sekiranya kita mengambil vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

Vitamin yang dicadangkan adalah MultivitaminVita-Lea Iron Formula SHAKLEE kerana Vita-Lea Shaklee kaya dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Selain itu, ia juga dapat menjadikan si ibu lebih bertenaga dan kekal cergas walaupun seharian bekerja.

Mari kita lihat ibu-ibu yang pernah mengamalkan Vita-Lea Iron Formula semasa hamil.

testi 1_vitaleatesti 2_vitaleaBagi anda yang berminat untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula Shaklee ni, boleh lah hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Khasiat Telur Untuk Ibu Hamil

telurTahukah anda, sebiji telur mengandungi 12 vitamin, mineral dan protein berkualiti yang bagus untuk ibu hamil serta bayi. Penting bagi ibu hamil memastikan pengambilan zat yang cukup dan seimbang untuk tumbesaran yang sempurna. Keperluan zat protein penting buat ibu hamil kerana ia memastikan pertumbuhan sel-sel janin yang sedanga membesar.

Telur juga mempunyai kandungan kolin. Kolin merupakan zat penting yang mampu meningkatkan kesihatan otak dan mencegah kecacatan pada sistem saraf bayi. Telur juga mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah iaitu 90 kalori sahaja. Ini mengurangkan kegemukan di kalangan ibu hamil.

Jika anda memiliki kadar kolesterol yang rendah sepanjang hamil, anda boleh makan sekurang-kurangnya 1 atau 2 butir telur setiap hari.

credit to: PaMa

P/S: Kalau tak larat nak makan telur setiap hari, telan je Vita-Lea Shaklee sebiji sehari :-)

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com

## COD: KLANG/SHAH ALAM


Set Kehamilan Shaklee

UPTGembira tak terkata bila melihat UPT naik 2 line. Itu maknanya anda mengandung. Bagi yang baru pertama kali, pastinya ia saat yang mendebarkan, dan bagi yang telah beberapa kali pula pasti merasakan inilah saat yang paling indah dalam hidup. Perkara paling mencabar sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna  dan sihat. Bagi memastikan bayi anda sihat, si ibu juga haruslah sihat fizikal dan mental. Tapi bagaimana untuk memastikan kandungan anda kekal sihat terutama bagi ibu yang bekerjaya. Bagaimana pula jika si ibu mengalami ‘morning sickness’ yang teruk sehingga terpaksa ditahan di wad.

Kerana itulah pentingnya pengambilan vitamin di awal kehamilan.  Tak kisahlah jika anda mahu mengambil ubat yang diberi oleh doktor atau membeli jenama yang lain, asalkan ia mendapat pengiktirafan KKM dan persetujuan dari doktor anda.

SET KEHAMILAN SHAKLEE adalah antara suppliment yang menjadi pilihan bakal-bakal ibu. dan sekiranya anda telah mengambil suppliment ini, anda tak perlu lagi mengambil Asid Folic dan Obimin.

Mari kita lihat apa yang ada dalam set ini.

+ B complex – Mengandungi asid folic yang penting untuk mengelakkan kecacatan otak dan saraf tunjang bayi. B complex juga penting untuk pembentukan sel darah merah dan mampu mengurangkan rasa mual dan loya ibu.

+ Vitalea – Mengandungi zat besi yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Bagi anda yang mengalami hemoglobin (hb) rendah, Vitalea adalah pilihan tepat.

+ Kalsium – sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi. Wanita hamil memerlukan 100mg kalsium setiap hari. Sengal-sengal badan, sakit lutut, lenguh-lenguh dan kejang adalah tanda-tanda kekurangan kalsium.

+ Omega – adalah minyak ikan terbaik di dunia bagi memastikan perkembangan otak bayi, pembentukan saraf dan penglihatan mata dalam keadaan baik. Namun, harus diingat, OMEGA hanya boleh diambil apabila ibu memasuki TRIMESTER ke-2 dan ke-3 sahaja.

+ ESP – sebagai persediaan untuk penyusuan. Membantu meningkatkan sistem imune badan ibu semasa mengandung, dan menjadikan ibu lebih bertenaga.

Jom kita tengok testimoni customer yang pernah amik set ni.

testi 2_vitalea

testi 3

Bagi bakal-bakal ibu di luar sana, pilihlah yang terbaik untuk kandungan anda. Jika anda berminat untuk mendapatkan set ini atau sebarang produk SHAKLEE, boleh hubungi saya:

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: FamiliSihat.com  untuk CHAT secara terus.

Minyak Ikan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Para Saintis kini telah menemui kepentingan asid lemak omega 3 untuk ibu-ibu hamil. Ia mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu itu sendiri.

Asid lemak omega 3 adalah dari keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan perlu diperolehi dari diet harian seperti pemakanan seimbang, vitamin atau makanan tambahan.

✒ Kajian menunjukkan bahawa dua komponen utama asid lemak omega 3 adalah EPA dan DHA. EPA penting untuk mengurangkan risiko sakit jantung, sistem imune dan tindak balas keradangan. Manakala DHA pulan membantu meningkatkan kepintaran otak, mata dan sistem saraf utama. Ia sangat penting untuk ibu mengandungbayi dalam kandungan dan ibu menyusu. Ia juga sangat bagus untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

✒ Omega 3 memainkan peranan untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin.Hormon ini membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Ketidakseimbangan hormon prostaglandin boleh membawa penyakit.

✒ Dos Omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi. Kajian terbaru menemui potensi omega 3 untuk mencegah kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Kepentingan Asid Lemak Omega 3 Pada Ibu Mengandung

3374622-girl-listening-to-mom-s-pregnant-tummy-with-clipping-path

ღ Omega 3 penting untuk perkembangan saraf otak dan penglihatan awal bayi. Berdasarkan kajian, ibu hamil mengalami kekusutan omega 3 dalam badan akibat diserap oleh janin yang sedang membesar.

ღ Kajian mengesahkan pengambilan tambahan EPA dan DHA dalam diet ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas perkembangan penglihatan dan kognitif bayi.

ღ Penggunaan omega 3 yang tinggi juga dapat mengurangkan risiko alergy pada bayi.

ღ Peningkatan pengambilan EPA dan DHA dapat mencegah kelahiran pra-matang, mengurangkan risiko pre-eklampsia, serta boleh meningkatkan berat kelahiran bayi.

ღ Kekurangan omega 3 akan mendatangkan risiko kemurungan di kalangan ibu mengandung.

Banyak rupanya manfaat omega 3 ni. Bagi ibu-ibu hamil di luar sana, jangan lepas peluang untuk dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE pada harga LUAR BIASA MURAH sempena Offer bulan Disember ni.

sms/whatsapp/wechat: 0192156963

Email: migshoppe@gmail.com

ADD FB Profile: Farhanah MIGShoppe

FB Fanpage: MIGShoppe